Tuesday, 19 August 2014

Pengajian Semester 1 Sesi 2014/2015

..::Assalammualaikum::..

Baru-baru ni notis untuk daftar kursus dan jadual sudah pun keluar. Pelajar-pelajar bolehlah mula mendaftar kursus di SMAP. 
 
Pilihlah subjek-subjek mengikut kemampuan diri, jangan gopoh untuk mencukupkan jam kredit agar anda dapat habis pengajian secepatnya. Pilihan ditangan masing-masing, sama ada mahu keluar sebagai graduan yang common dan berkualiti rendah ataupun graduan yang berkualiti tinggi and extraordinary. 
Nasihat ini untuk sesiapa yang membaca dan juga untuk diri sendiri yang sering kali terlupa ni. Selamat berjaya.
Juga, kepada bakal mahasiswa mahasiswi UTHM, eyka ucapkan Selamat Datang ke UTHM..Jadikan Minggu Haluan Siswa ni sebagai satu langkah untuk mencari kenalan dan perhubungan demi masa depan di universiti. Best of luck for MHS.. 

..::Wassalam::..

Monday, 16 September 2013

Langkah baruku..

..::Assalammualaikum::..

sekembalinya aku di ruangan coretan untuk berkongsi tentang keputusan aku untuk kembali ke alam menuntut ilmu. 

pada awalnya keinginan aku untuk sambung belajar berkobar-kobar sehingga segala-galanya aku lakukan secepat mungkin. walaupun permohonanku sudah ditolak oleh beberapa institusi, aku teruskan dengan memohon UPU..

Selepas konvokesyen, aku memutuskan untuk mencari kerja sementara menunggu keputusan UPU keluar. aku diterima kerja di sebuah syarikat perisian kapal, aku sebagai kerani dengan gaji bawah rm1500..semakin lama semakin seronok bekerja tambahan pula apabila ditawarkan untuk temu duga tukar position. Tapi nak dijadikan kisah hidup, aku diterima untuk melanjutkan pelajaran ke UTHM. 

keputusan UPU yang disemak oleh kakakku, mengatakan "Tahniah!" membuatkan aku keliru sebentar. keghairahan bekerja dengan keinginan untuk melanjutkan pelajaran. tapi setelah membuat rundingan dengan banyak pihak, aku telah memutuskan untuk melepaskan kerja dan memilih pelajaran..

MAKA disinilah titik permulaan yang baru buat aku. mungkin aku terlepas jawatan dan pendapatan, tetapi insyaAllah aku akan dapat ilmu yang tinggi.

DAN sekarang, Alhamdulillah, aku berada di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sebagai mahasiswi dalam jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Mikroelektronik) dengan kepujian. 

:) Doakan kejayaanku.

..::Wassalam::..

Monday, 20 August 2012

Salam Aidilfitri 1433H

...:::Assalamualaikum:::...




Hari sudah masuk hari kedua hari raya Aidilfitri.. Sempena hari raya ni eyka nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN..eyka nak minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki yang mana eyka terkasar bahasa, terlanjur kata..

Selamat hari raya pada sahabat-sahabat eyka dari :~
SK RKT LASAH, Sg. Siput
SK LENGGONG, Lenggong
SMK Dato' Ahmad, Lenggong
SM Teknik Gerik, Gerik
Politeknik Ungku Omar, Ipoh
Stats ChipPac Malaysia Sdn Bhd, Ulu Kelang, Selangor
Housemate 76, Chempaka Sari 13
Housemate 106,Chempaka Sari 11


...:::Wassalam:::..

Saturday, 4 August 2012

renovation..?!

...:::Assalamualaikum:::..


Malam ni tiba-tiba pula mood eyka nak renovate blog eyka..yelah blog lama eyka kan hitam putih je, jadi bagi mewarnai Ramadhan tahun ni eyka pon tukar-tukar la sikit..sikit saja kot..?! jemput-jemput menilai dan tinggalkan komen yang mana boleh eyka perbaiki lagi..

Tuesday, 31 July 2012

Ramadhan

..:::Assalamualaikum:::..

Hari ni dah masuk Ramadhan ke 11 untuk tahun ni..harap tak terlambat lagi untuk eyka ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Rasulullah SAW.. Lambat pula eyka wish tahun ni, yelah tumpuan eyka pada post untuk training hari tu..so eyka tak sempat pula nak fikir entry untuk bulan puasa..[alasan ke!?]

Sunday, 3 June 2012

sweetest semester 6

Oh ye, eyka lupa satu perkara penting yang nak dikongsi kan..


21hb May, keputusan peperiksaan akhir diumumkan di laman web Politeknik.. Alhamdulillah, lulus penuh dengan GPA 3.76..macam tak percaya pun ada, pointer tertinggi dalam tempoh 6 semester kat politeknik ni..tapi CGPA biasa saja..mungkin semester 6 ni eyka lagi banyak tumpukan perhatian pada pelajaran..dan mungkin sebab semester akhir ni cuma ada 4 subjek yang masuk final..