..::Assalammualaikum::..
sekembalinya aku di ruangan coretan untuk berkongsi tentang keputusan aku untuk kembali ke alam menuntut ilmu.
pada awalnya keinginan aku untuk sambung belajar berkobar-kobar sehingga segala-galanya aku lakukan secepat mungkin. walaupun permohonanku sudah ditolak oleh beberapa institusi, aku teruskan dengan memohon UPU..
Selepas konvokesyen, aku memutuskan untuk mencari kerja sementara menunggu keputusan UPU keluar. aku diterima kerja di sebuah syarikat perisian kapal, aku sebagai kerani dengan gaji bawah rm1500..semakin lama semakin seronok bekerja tambahan pula apabila ditawarkan untuk temu duga tukar position. Tapi nak dijadikan kisah hidup, aku diterima untuk melanjutkan pelajaran ke UTHM.
keputusan UPU yang disemak oleh kakakku, mengatakan "Tahniah!" membuatkan aku keliru sebentar. keghairahan bekerja dengan keinginan untuk melanjutkan pelajaran. tapi setelah membuat rundingan dengan banyak pihak, aku telah memutuskan untuk melepaskan kerja dan memilih pelajaran..
MAKA disinilah titik permulaan yang baru buat aku. mungkin aku terlepas jawatan dan pendapatan, tetapi insyaAllah aku akan dapat ilmu yang tinggi.
DAN sekarang, Alhamdulillah, aku berada di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sebagai mahasiswi dalam jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Mikroelektronik) dengan kepujian.
:) Doakan kejayaanku.
..::Wassalam::..