Tuesday, 19 August 2014

Pengajian Semester 1 Sesi 2014/2015

..::Assalammualaikum::..

Baru-baru ni notis untuk daftar kursus dan jadual sudah pun keluar. Pelajar-pelajar bolehlah mula mendaftar kursus di SMAP. 
 
Pilihlah subjek-subjek mengikut kemampuan diri, jangan gopoh untuk mencukupkan jam kredit agar anda dapat habis pengajian secepatnya. Pilihan ditangan masing-masing, sama ada mahu keluar sebagai graduan yang common dan berkualiti rendah ataupun graduan yang berkualiti tinggi and extraordinary. 
Nasihat ini untuk sesiapa yang membaca dan juga untuk diri sendiri yang sering kali terlupa ni. Selamat berjaya.
Juga, kepada bakal mahasiswa mahasiswi UTHM, eyka ucapkan Selamat Datang ke UTHM..Jadikan Minggu Haluan Siswa ni sebagai satu langkah untuk mencari kenalan dan perhubungan demi masa depan di universiti. Best of luck for MHS.. 

..::Wassalam::..