Thursday, 17 May 2012

Suddenly~

Suddenly~ tiba-tiba je rase rindu pada sahabat-sahabat Dem6..Akak-akak dan adik-adik housemate..jiran tetangge yang cool~ 
Tanggal 21 May 2012 penentu arah kehidupan kitorang..chee..tapi betullah!! masa tu keputusan peperiksaan kami akan diumumkan..yang mana ada short sem / semester pendek akan daftar, yang mana tak ada akan bertemu lagi di semester hadapan..harap-harap taklah..


Tak sangka dah 3 tahun eyka duduk kat ipoh, berusaha dan main-main sikit untuk mendapatkan segulung diploma..banyak suka duka yang dah eyka alami, yang dah mengubah cara hidup eyka pun ada..yang mematangkan eyka dan yang membuat eyka belajar untuk berdikari..

Tapi malangnya eyka terpaksa melepaskan impian eyka atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan..impian untuk menjadi juruterbang sudah dilepaskan lama dulu sebab eyka ada silau dan rabun...tapi eyka tetap tanam minat eyka pada kapal terbang, yang mana eyka rasa eyka akan lepaskan minat tersebut dan duduk di bumi yang nyata...

impian eyka nak dekat dengan awan biru mungkin tak tercapai, tapi bak kata orang " kita tak semestinya akan dapat apa yang kita nak" tu dah buat eyka fikir dengan lebih dalam.. benda ni semua mengikut kemampuan diri kita dan faktor sampingan (kewangan..). 

Dan ada juga yang menyatakan menuntut ilmu tu biarlah hingga ke liang lahad/t..jadi eyka takkan putus asa..hala tuju yang eyka tak dapat capai semasa diploma dulu akan eyka usahakan masa ijazah ni...


inilah sejuta impian ku~

No comments:

Post a Comment