..::Assalamualaikum::..
Madrasah An-Nadhoh, Bukit Mertajam.
Awal bulan Julai lepas, eyka ada menyertai kursus Industrial Robotic Training, atau Finishing School. Bermula pada 7 Julai - 13 Julai 2012 di Kulim Technology Management (KTM), Kulim Hi-Tech Park. Perjalanan eyka bermula dari KL Sentral, eyka naik kereta api sampai ke Ipoh... Eyka, Joini dan Syifaa bermalam di rumah sewa Syifaa untuk satu malam. Keesokan harinya, kami sarapan di Restoran Barakhat dekat Taman Chempaka dan bertolak ke kampus B. Manakala, Puteri awal-awal lagi dah sampai di kampus.. =.="
Tepat jam 10.00 pagi, kami bertolak ke tempat penginapan kami selama seminggu iaitu, An-Nadhoh Inn..Lepas mengalami sedikit sesat, kami selamat tiba di hotel tersebut..kami check-in 2 orang satu bilik..eyka satu bilik dengan Syifaa, dan Puteri dengan Joini.. Oh ye, politeknik eyka hantar wakil seramai 9 orang, kami 4 orang perempuan dan 5 orang lelaki.. [firdaus, rahimi, amir, suren dan suresh]..yang mengejutkan kami ialah PERSEKITARAN hotel ni.. terdapat sebuah madrasah tahfiz (seperti gambar diatas), dan kawasan sekeliling yang tenang.. untuk maklumat lanjut: http://www.annahdhoh-inn.com/ Selain PUO, terdapat lagi 2 politeknik yang menyertai iaitu Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Behrang dan Politeknik Seberang Prai (PSP), Penang. Kami kumpulan kedua dari tiga kumpulan, dan 26 orang dari 100 orang yang terpilih..[kami pilih sebenarnya]..
Kami berulang dari An-Nadhoh ke Kulim Hi-Tech hari-hari menaiki kenderaan yang disediakan oleh An-Nadhoh. Perjalanan yang memakan masa 30 minit dan menggunakan sebanyak 3 buah van..Sesampai di KTM, kami dihidangkan dengan sarapan dan seterusnya masuk ke kelas..
Kami bermula dengan kata-kata aluan dari En Saridun dan kemudian bergerak ke CNC Lab untuk belajar tentang CNC..Bermula dengan sesi perkenalan, kami diajar oleh En Khairil tentang teori CNC Milling.. Pada mulanya eyka ingat kami akan belajar teori semata-mata tentang CNC Milling dan Turning, tapi setelah setengah masa pembelajaran, kami bergerak ke bahagian Simulator..Dimana simulator tersebut digunakan oleh bakal-bakal engineer untuk memahirkan diri dengan CNC..agak normal kalau takut-takut nak usik tu kan..tapi bak kata en Khairil, "Tekan pakai tangan takkan rosak, lainlah kalau tekat pakai lutut, insyaAllah rosak.." Kemudian kami beralih pada CNC Turning bersama Pakdi, lebih kurang je dengan Milling.. =.=?
Hari kedua, kami bermula dengan Industrial Robotic Training.. Sebaik saja melangkah masuk ke Lab Robotic tu, dah nampak beberapa "Baby Robot"..Comel sangat!!! NORMAL jugalah kalau Finishing School tu ada Pre-Test masa hari pertama, BLANK HABIS~!! Lepas Pre-Test barulah kami mula belajar..Seperti yang dijanjikan oleh En Romzi dan En Aimi [tenaga pengajar], takkan membosankan dan akan sentiasa seronok untuk belajar..dan itulah yang terjadi pada kami semua..Salam perkenalan dengan robot kami, Baby #3 [eyka, joini, puteri, syifaa, amir] dengan End Effector kami berbentuk pointer yang lain dari lain..Kemudian, Treasure Hunter..!? diberi sekeping kertas yang mengandungi 30+ program untuk kami cari didalam Deadman switch..=.= Memang memerlukan keyakinan yang tinggi untuk main tekan-tekan..pernah sekali eyka tersalah tekan dan menyebabkan Baby shut down..cemas kot~ sorry Baby~!!
Kemudian diberi tugasan untuk teach Baby mengikut point..menggunakan JLC motion..untuk C motion, eyka teach bentuk HEART... ^_^ <3 huhuhu..Setelah kami mahir dengan pergerakkan robot, kami diberi tugasan lagi..kali lebih mencabar sebab kena melukis..bukan kami, tapi robot.. Selesai ajar robot bergerak, kami kena ajar robot melukis pula..haha..nak teach point to point memang senang, tapi nak teach ketinggian end effector sangat STRESS~! [kang gary..?] tapi dengan KERJASAMA sekumpulan, kami dapat siapkan DRAFT dengan baik..tapi draft sahaja, demo belum lagi..penuh kerisauan sebab masa run test kat kertas A4, marker tak kena kat kertas..tapi Alhamdulillah masa DEMO, lukisan kami COMPLETE~!!
Selepas demonstration, kami kena bentangkan projek kami dari segi pembahagian tugas, masalah yang dihadapi dan sebarang cadangan..
Selain dari teach robot, kami diajar tentang maintenance robot tersebut..maka kami pun bedah Baby kami..huhu..dimana bahagian belt,dimana segala wayar yang terdapat dalam robot, semua tu kami dapat tengok dengan mata kami sendiri.. dan yang paling best, Pick-N-Place..Masa semester 5 eyka hanya belajar secara teori dan tonton video di youtube, tapi disini kami dilatih untuk teach robot melakukan Pick-N-Place..
An-Nadhoh Inn ni mempunyai kawasan persekitaran yang sangat cantik dan sejuk mata memandang..kami pun tak melepaskan peluang untuk melihat dan merasai sendiri permandangan yang indah ni..
Oleh kerana pelajar PSAS mengalami masalah dengan bas politeknik mereka, terdapat 6 orang yang terpaksa pulang dahulu pada hari terakhir [jumaat]..Manakala yang lain-lain akan teruskan belajar..
yang pegang beg oren tu semua balik dulu..dah terpaksa kan, tak boleh nak buat apa...=.=
Setelah tamat latihan kami selama 6 hari di KTM, tibalah masa untuk penyampaian sijil.. panyampaian sijil turut disertakan dengan penyampaian elaun sebanyak RM100 seorang..Dan semestinya, sesi fotografi bersama tenaga pengajar..c(= setelah makan petang, bas politeknik pun datang menjemput kami..Walaupun terdapat sedikit perselisihan faham ketika diatas bas, kami bersyukur sebab dapat ENCIK-ENCIK yang bawa bas yang sangat SPORTING..
Bila difikirkan balik, kami tak dapat elaun masa Automation Design tapi kami dapat t-shirt dan notebook [buku ye..], so sama je laa kan..!?
ada sedikit gambar-gambar untuk dilihat:
..::rugi siapa yang tak pergi tu::..
..:::wassalam:::..
best ar bole wt robotic2 ni kan. :)
ReplyDeletegud lux..
tu lah..tak sangke pulak dpt main robot2 ny..
Deletebtw thx~
kenangan:)
ReplyDeletekenangan manis.. c(=
Delete